SUPERGHH!! MERCIK
SUP HERBA AYAM
Cadangan Hidangan : 10 - 12 org
( 40g Rempah Sup Herba Superghh!! )
Oleh : rempahsuperghh.blogspot.com
PENYEDIAAN BAHAN²
40 gram Serbuk Rempah Sup Herba SUPerghh!!
3 liter air | simpan sedikit untuk bahan kisar
1 1/2 - 2 kg ayam / daging / tulang
30 gram bawang putih | dikisar
30 gram halia | dikisar
30 gram daun sup / daun bawang | dikisar
20 gram cili padi | dikisar
30 gram garam @ secukup rasa
Makan Bersama Bihun Kering / Kueyteow / Mee
~~** 3 LANGKAH MEMASAK **~~
LANGKAH 1
Rebus air bersama serbuk rempah dan bahan² kisar sehingga rempah & bahan kisar tadi masak ( kelihatan air rebusan bertukar warna dari kehijauan ke warna keperangan).
Guna api besar.
Guna api besar.
LANGKAH 2
Masukkan ayam / daging / tulang / gearbox / kaki ayam @ lain² mengikut selera ke dalam air rebusan tadi dan biarkan sehingga daging empuk. Tutup api dan tutup tudung periuk rapat².
LANGKAH 3
SAMBAL KICAP SUPERGHH!!
Cili api di kisar bersama kicap lemak manis tanpa air.
TIPS SUPERGHH!! :
Jika ingin menikmati sup pada keesokan hari, sup hendaklah dimasak pada malam hari sebelumnya. Lagi lama bahan masakan di dalam sup lagi sedap dinikmati kerana daging sudah mesra dengan bahan² sup. Caranya, masak sup, tutup api, tutup tudung periuk rapat² dan tinggalkan semalaman. Panaskan semula sup pagi esoknya.
*Sesuai dinikmati panas² bersama bihun / kueyteow / mee / bubur nasi & roti kosong. InsyaAllah...terangkat!!.
*Makluman :
Sup Herba Superghh!! ini hangat dan pedas.
\../
No comments:
Post a Comment